Jenis Darah Refleksi Peribadi…..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam
tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun,
kajian yang dilakukan ke atas
jenis-jenis darah yang mengalir di dalam
tubuh manusia ternyata mampu memberi
gambaran terdekat mengenai keperibadian
individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari
kategori ini disifatkan sebagai individu
yang setia, sabar dan sentiasa yakin
terhadap keupayaan dan kebolehan diri
sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin
menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya
yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu
akan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya kamu dikatakan memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu
kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus
lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan
dan kamu juga gemar melibatkan diri
dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul
dengan individu di sekeliling mu dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri kamu itu
melambangkan bahawa kamu tergolong dalam
kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil
dan terlalu kuat bekerja sehinggakan
tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan
juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu
itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling
rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan
pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri
kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam
apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak
bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar
meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada
diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa,
tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam
diri individu yang tergolong dalam
kategori darah berjenis AB ini. Kamu
juga sentiasa menghormati orang lain dan
ini menjadikan individu yang berada di
sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga
memiliki sikap humor semula jadi dalam
diri dan sentiasa bersikap menghiburkan
dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu
perbaiki dalam diri kamu itu.
Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat
keputusan untuk diri kamu sendiri.

Adakah anda percaya???apa lagi, berilah komen anda sekarang…

2 Respons kepada “Jenis Darah Refleksi Peribadi…..”

  1. Kita darah A….banyak yg ada kena mengena ngn diri kita la…

  2. saya darah B…yach ada yang nyangkutlah soal diri saya…mksh

Tinggalkan jawapan