Terapi Solat Boleh Mencegah Penyakit Mati Pucuk…

Posted in Umum @ General on Ogos 6, 2009 by dzulkerengnine

Salam…Dah lama mamat tak menulis blog ni…ini ada berita menarik yang mamat nak kongsi dgn kawan2…

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kajian saintifik menunjukkan masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Berita gembira itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Beliau berjaya mengurangkan tahap mati pucuk dua lelaki selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang bermasalah perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.

“Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zuhur untuk tujuan terapi itu.

“Setiap pergerakan dalam solat didapati merangsang otot lantai pelvik. Kami sedang kaji kedudukan mana di dalam solat paling banyak menyumbang ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian Fatimah itu sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik UM mengenai kebaikan solat kepada tubuh badan manusia hasil cetusan idea Abdullah pada 2005.

Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Menjelaskan mengenai terapi solat, Fatimah berkata, lelaki yang bermasalah akan dipasang sejenis alat khas untuk mengesan ketegangan zakar sewaktu mereka tidur.

Katanya, seorang lelaki normal akan mengalami ketegangan zakar antara tiga hingga enam kali sewaktu tidur selama 10 minit dengan isipadu ketegangan 200 peratus.

“Ada dua pesakit telah berjaya mengurang dan memulihkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan mengalami sedikit ketegangan.

“Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik.

“Ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda,” tegasnya.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

Hidup Ini Penuh Dengan Cabaran Dan Dugaan

Posted in Umum @ General on Julai 15, 2009 by dzulkerengnine

Salam…dah lama aku tak mengarang dalam blog aku ni…terasa tangan aku ni hendak menulis sesuatu…biarlah aku menulis mengikut pemikiran aku yang tidak menyentuh sensitiviti orang lain…hidup ni penuh dengan cabaran dan dugaan…kalau takda cabaran n dugaan bukan hidup namanya…kita semua ada habuan masing-masing untuk diuji…

Aku berasa kadang-kadang tak tertanggung dengan ujian yang ALLAH berikan kepada aku ni…Bukannya aku tak bersyukur dengan nikmat yang ALLAH dah bagi tapi terasa lemah untuk menghadapi dugaan2 ini…Hanya doa yang aku mampu panjatkan kepada-Nya supaya aku mampu menghadapi ujian2 ini…

Bila direnung kembali perbuatan2 yang telah aku buat, aku sedar bahawa ada di antaranya yang memang tak patut aku buat, yakni mendatangkan dosa kepadaku dan masalah kepada orang lain…jauh di sudut hati kecilku aku takda niat hendak menyusahkan orang lain tetapi keadaan memaksa aku berbuat demikian…hanya Isthigfar kepada ALLAH sahaja yang mampu aku buat, di samping solat sunat taubat yang patut menjadi amalan seharian orang Islam termasuk aku ni…

Jadi, mulai saat ini(semasa menulis artikel ini). aku haruslah mempertingkatkan amal ibadat aku kepada ALLAH…terima segala ujian yang Dia berikan dengan hati yang tabah, di samping memohon kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut……maafkan kesalahan orang lain kepada aku dan sentiasa memanjatkan keampunan kepada ALLAH atas dosa2 yang lalu, kini dan akan datang…yang penting, redha dan bersyukur dengan keadaan hidup ini…sama2 kita renungi maksud Istighfar ini iaitu :

“Daku memohon ampun pada Allah yang mana tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya”

Amalkan istighfar ini setiap masa, moga2 kita dapat menyucikan diri daripada dosa yang sengaja dan tidak disengajakan…Amin…

Isteri Dera Suami…Apa nak jadi sekarang ni!!!

Posted in Umum @ General on April 8, 2009 by dzulkerengnine

Ai…Mamat ada terbaca akhbar Berita Harian bertarikh 8 April 2009…Antara isu menarik adalah isteri mendera suami…Biar betul!!!Mamat pun terkedu bila baca berita tu…

Menurut berita tersebut, ada 50 kes penderaan isteri ke atas suami dan sehingga kini, jumlah tersebut sebenarnya lebih banyak..Hebat betoi isteri zaman moden ni…Ikut suka dia ja nak dera suami tu…

Isteri sepatutnya menghormati suami, bukannya mendera suami…Zaman sekarang ada isteri yang mempunyai kerjaya yang lebih baik berbanding suami…Ada isteri yang keje sebagai pegawai manakala suamniya cuma kerani ja…Yang penting, bila di rumah sang isteri mesti menghormati sang suami…Suami kan ketua keluarga…Tanggungjawab isteri menghormati suami telah diperjelaskan dalam Al-Quran dan Sunah Rasulullah S.A.W…Bagi isteri, nak masuk Syurga adalah dengan menghormati suami…Mudah kan berbanding suami yang perlu memastikan isteri dan anak-anak mengikut dan menghayati ajaran Islam dengan berkesan…

Kepada isteri-isteri zaman moden ni, janganlah mendera suami kamu tu…Kesian dengan diaorang, tambah plak suami yang kurus kering tu…Nanti bersepai plak tulang diaorang tu…hehehe

P/S : Suami-suami kena layan isteri dengan baik supaya diaorang tak dera kamu!!!

Contoh pasangan yang secocok…(Maap Shah sebab Mamat guna gambar ko)

Hidup Umpama Roda…

Posted in Umum @ General on April 4, 2009 by dzulkerengnine

Ai semua…Setiap hari, kita mesti tengok benda ni…Apa lagi kalau bukan roda…Tanpa roda, sesebuah kenderaan tak boleh bergerak atau digerakkan…Bila tengok roda, Mamat teringat kata bidalan : “Hidup umpama roda…ada masa di atas dan ada masa di bawah”…Mamat setuju dengan kata bidalan tu…

Setiap manusia di dunia ni mempunyai kisah hidupnya yang tersendiri…Ada yang bernasib baik dan ada yang kurang baik…Ada orang sejak dia mula bersekolah rendah sampai tamat pengajian di universiti, dia selalu mendapat keputusan cemerlang…Kemudian, dia mudah dapat kerja dan hidup dia nampak mudah ja…Berbanding dengan nasib manusia lain yang telah diuji sejak dilahirkan lagi…Sudahlah miskin, dalam pelajaran sering tak dapat keputusan yang baik…bila dah tamat pengajian di universiti, tak dapat keje…Begitulah resepi kehidupan manusia di dunia ni…Allah ada sebab untuk menguji hamba-hambaNya…

Mamat bersyukur sebab sehingga kini, Mamat rasa sentiasa diuji Ilahi…Kesakitan, tak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan kena tukar kursus masa amik degree antara ujian yang Mamat hadapi dulu…Apapun, Mamat bersyukur sebagai seorang muslim kerana diuji Allah…Kalau Allah sering menguji kita maksudnya Allah sayangkan kita…Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

P/S : Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita…

Eye On Malaysia di Melaka

How to find mr @ mrs right…

Posted in Hiburan @ Entertainment on April 2, 2009 by dzulkerengnine

Ai  everyone…Today i didn’t have any specific topic to write…Just a few opinions about ways of finding mr @  mrs right…Remember, this topic is very wide…Everybody has their own opinions…I just want to share with u some useful tips…

First, you need to decide what kind of guy that you want like what kind of personality he must have, what characteristics he must possess, what value in life that he must have, and how he looks in order to be sexually attractive… It sounds a bit clinical when talking about future husband material, but it’s the truth… If you don’t know what your goal is in anything you do, you seriously damage your chances of getting it…

Second, when looking for love, you need to look for the person on the inside, not the person on the outside… In this world today we focus too much on physical appearance…Try to get know about his @ her background because we will marry him @ her and the families together and spend the rest of our life with our partner…Find his @ her interests and always ask the guidance from God…

Last but not least, be honest and open…Remember, honest will show our partner  who u really are …Your partner will accept your good and bad aspects…

P.S : I just got these tips while looking my fiancee’s photos…Miss her so much…Below is the formula that you can remember to find and maintain a relationship with the person that u love most…

Compatibility + Attraction + Friendship + Trust



2 Bukit 1 Batang…Jangan Fikir Kotor Ye…

Posted in Politik @ Politics on Mac 31, 2009 by dzulkerengnine

Ai…Hari ni 1 April 2009…Genap lagi seminggu untuk pilihanraya kecil 2 Bukit (N25- DUN Bukit Selambau, Kedah dan P59- Parlimen Bukit Gantang, Perak) dan 1 Batang (N29 -DUN Batang Air, Sarawak)…Parti-parti bertanding mula melakukan kempen dengan cara masing-masing…Mamat minat gak mengikuti perkembangan politik ni…

Kepada penduduk-penduduk yang layak dan telah berdaftar dengan SPR, anda tolonglah keluar mengundi untuk memilih pemimpin @ wakil rakyat anda…pilihan di tangan anda…pilihlah wakil anda mengikut kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran anda…jangan buat undi rosak…(Mamat ni cam petugas SPR plak)…

Kepada SPR, sila laksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan baik supaya kerja anda nanti tidak dipertikaikan oleh pengundi-pengundi di kawasan yang terlibat…seluruh rakyat Malaysia sentiasa memerhatikan perkembangan di kawasan-kawasan yang terlibat…

P/S : Diharap tiada pertempuran antara polis dengan pihak-pihak tertentu semasa pilihanraya berjalan kelak…

Pilihanraya Umum Tahun 1978

Merokok Mencemar Imej Orang Islam…

Posted in Umum @ General on Mac 29, 2009 by dzulkerengnine

Ai…Mamat ingin berkongsi cerita dengan para pembaca…Teringat Mamat dengan kenyataan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan merokok dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Mac 2009…Berikut adalah kenyataan beliau :

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Menurut Tok Guru, lembu tidak  mempunyai akal…Oleh sebab itu, lembu membuang najis di merata-rata tempat tanpa memikirkan kesannya kepada makhluk lain…Berbanding manusia yang diberi akal oleh Allah, mereka merokok walaupun tahu kandungan rokok yang mengandungi banyak racun…Lebih buruk lagi apabila manusia yang beragama Islam merokok sambil memakai jubah dan serban…Kan buruk merokok di kawasan masjid sambil diperhatikan oleh kanak-kanak dan remaja yang lama-kelamaan akan meniru aksi tersebut…Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku, kaum Muslimin sekalian…

P/S…Mamat pun tak ingin nak merokok…Buat abis duit ja…

PPSMI…kelebihan n kekurangan…fikir-fikirkanlah…

Posted in Umum @ General on Mac 28, 2009 by dzulkerengnine

kabare…waras???mamat skrg dah ada minat nak sambung tulis blog balik…dah lama xcurah idea dan pendapat sendiri…bercakap pasal PPSMI, mamat pun tak tau nak cakap…setuju ada, xsetuju pun ada…

kata teman mamat, PPSMI elok dilaksanakan sejak dari sekolah rendah lagi…teman mamat tu seorang guru sekolah menengah d selatan Semenanjung Malaysia n mengajar tingkatan 1…dia kata pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun ini (tahun 2009) boleh belajar SM (sains dan matematik) dalam bahasa Inggeris dengan baik kerana dah belajar asas di sekolah rendah lagi…itu kata teman mamat…

bagi yang menentang PPSMI, ada macam2 pendapat…ada yang kata membelakangi bahasa kebangsaan(menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1) iaitu bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan)…bukan apa,kita boleh belajar istilah SM dalam bahasa Melayu…kepada rakyat Malaysia yang belajar Linguistik, mereka boleh menjadi penterjemah kepada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menterjemah isitilah BI kepada BM…xda salahnya dan bagus kepada anak2 kita untuk belajar SM…ini boleh menimbulkan minat mereka untuk belajar SM, seterusnya menjadi pakar2 d Malaysia pada masa akan datang…

oklah, mamat pun taknak tulis panjang2 lagi…mamat rasa masing 2 ada pendapat pasal PPSMI ni…bagi mamat, mamat xsokong PPSMI sebab mamat pun jenis orang yang cintakan bahasa Melayu (BM)…kira patriotik la ni…bagi mamat, pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa Inggeris (BI) perlu dikemaskan lagi…latih guru2 yang akan mengajar BI dengan lebih mantap…guru2 ni kena cuba semaikan minat murid2 untuk belajar BI tanpa mengabaikan BM…biar kita dapat bertutur dalam BI tetapi masih bangga menggunakan BM dalam percakapan mereka…fikir-fikirkanlah…sapa2 yang berkesempatan, sila layari laman web di bawah ni untuk mendengar rintihan seorang guru tentang PPSMI dan cabaran dalam bidang pendidikan pada masa sekarang…

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019854&Itemid=90

Pening…pening…pening lagi…

Posted in Umum @ General on Mac 27, 2009 by dzulkerengnine

hi….dah lama aku tak menulis blog ni…hampir setahun gak…macam2 benda n perkara berlaku kepada aku…aku pun sekarang ni masih lagi mencari kerja yang sesuai dengan minat dan keupayaan aku…antara pensyarah atau PTD, mana lagi baik???itu persoalan yang bermain-main dalam fikiran aku…pening…pening…pening lagi…apapun, jawapan hanya pada aku…yang penting, aku kena bersedia menghadapi risiko kerja samada sebagai pensyarah atau PTD pada masa akan datang…

secebis kisah di pagi hari…bahagian akhir

Posted in Hiburan @ Entertainment on Julai 25, 2008 by dzulkerengnine

setelah Mamat mengenakan pakaian yang menutup aurat (ingat gak dengan aurat tu), dia pun bergegas mencapai kunci moto kapcainya…

kira-kira 10 minit kemudian, Mamat pun sampai di destinasi berkenaan…takda kenderaan lain kecuali kereta Minah yang bernombor plat MAK 123 (bukan nombor plat sebenar)…Mamat pun tersenyum sendirian…

dari jauh, Mamat ternampak Minah tapi siapa lelaki yang berada di sebelah Minah tu???tiba-tiba jantung Mamat berdegup kencang…

“apa kena aku ni…tiba-tiba rasa tak sedap ja”…keluh Mamat

Mamat pun menghampiri Minah dan laki tersebut…alangkah terkejutnya Mamat bahawa lelaki yang bersama-sama dengan Minah adalah Ali, sahabat Mamat yang sama-sama belajar dengan Mamat di IPT sekarang…

“Minah, u kata nak jumpa i tapi kenapa Ali ada sekali???apa semua ni???”…tanya Mamat sambil memandang tepat kepada Ali dan Minah…

“Mamat, sebenarnya i dengan Ali dah bernikah minggu lepas…ini semua atas permintaan keluarga kami”…kata Minah sambil menundukkan mukanya yang ayu tu…

“tapi kenapa u tak menolaknya…u kan tahu yang kita dah lama berkawan…2 tahun Minah…i tak pernah mainkan u atau menduakan u”…jelas Mamat sambil melemparkan pandangan yang tajam kepada Ali…

“kau tak pernah bersalah kepada Minah…ini semua keputusan antara keluarga kami…sebenarnya,aku dengan Minah sudah lama dijodohkan sejak kami kecil lagi…keluarga kami ada perniagaan keluarga yang telah lama diusahakan bersama…untuk mengeratkan hubungan antara keluarga kami, maka kami telah dijodohkan”…jelas Ali…

“ko diam Ali…biar Minah yang jawab soalan aku”…Mamat dah mula rasa marah yang meluap-luap…ni kira boleh jadi Hulk la…

“Mamat, sebenarnya i pun tak tau yang i dah dijodohkan dengan Ali sejak kecil lagi…tiba-tiba, minggu lepas, ayah i diserang serangan jantung lalu dimasukkan ke ICU…sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,ayah berwasiat yang i kena bernikah dengan Ali…i pun terkejut gak tapi i tak sampai hati nak tanya ayah…bila ayah i dah meninggal dunia, i pun tanya dengan mak i kenapa tak berterus terang dengan i…mak i pun berkata yang dia sendiri tak tahu tentang hal ini…bila dirujuk dengan keluarga Ali, rupa-rupanya arwah ayah i sudah membuat perjanjian dengan ayah Ali tentang perkahwinan kami…arwah ayah hendak membalas jasa ayah Ali yang telah menolong arwah ayah i memajukan perniagaannya selepas bankrap…i pun tak dapat nak buat apa-apa lagi…itukan wasiat arwah ayah i…berat hati i untuk buat macam tu…i memang sayangkan u…u tak curang dengan i pun…i tak mampu nak ingkari wasiat tu”…jelas Minah kepada Mamat sambil menitiskan air mata…

“Mamat, aku pun terkejut dengan wasiat arwah ayah Minah tu…kau pun tau yang aku dah ada teman wanita tapi aku pun tak mampu nak buat apa-apa lagi…ko dan bekas teman wanita aku tak pernah bersalah dalam hal ini…kita hanya mampu merancang tapi Allah yang Maha Menentukan”…kata Ali sambil memegang bahu Mamat…

terkedu Mamat apabila mendengar penjelasan Minah dan Ali…demi persahabatan yang telah lama terjalin antara dia dengan Ali sejak di sekolah rendah lagi, Mamat terpaksa merelakan perkahwinan antara Minah dengan Ali…setelah mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua, Mamat pun meninggalkan mereka dengan cepat-cepat sambil mengelap air mata yang mula membasihi pipinya…lelaki pun menangis gak yer…

“Abang,apa yang dimenungkan tu???”…tegur Khadijah sambil mendekati Mamat, suaminya yang tersayang…

“Abang teringat masa muda abang yang mengalami cinta pandang pertama dengan Minah,isteri Ali…mama plak bercinta dengan Ali…kita terpaksa berpisah dengan pasangan masing-masing…tak sangka, jodoh mama dengan abang rupanya…Allah lebih mengetahui perkara yang lebih baik untuk kita kan…mama tengok, kita dah ada 3 orang anak yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing”…kata Mamat kepada Khadijah sambil melihat gambar-gambar anak-anak mereka yang sudah besar…

“ala Abang ni, tak baik dikenang kisah lalu…Ada hikmahnya Allah mempertemukan jodoh abang dengan Mama kan…mari Abang, makan pisang goreng yang mama buat ni”…ajak Khadijah…

P/S : Apapun perkara yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmah di sebalik perkara tersebut berlaku…sekian…